Mengenai Kami

Melalui inisiatif Jabatan Standard Malaysia, suatu Jawatan kuasa penaja telah dibentuk untuk mendaftarkan satu persatuan kebangsaan yang kini di panggil “Persatuan Makmal Akreditasi Malaysia” atau nama pendeknya “PMAM” dan seterusnya mendaftarkan makmal-makmal yang telah di akreditasikan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) dan juga makmal-makmal lain yang beroperasi di Malaysia.

Tujuan penubuhan persatuan ini adalah seperti berikut

  • Untuk menggabungan semua makmal yang telah mendapat akreditasi dan beroperasi di Malaysia di bawah satu persatuan kebangsaan.
  • Untuk menjadi wakil rasmi semua makmal akreditasi di Malaysia.
  • Untuk menjadi wakil utama ahli persatuan di dalam perbincangan dengan Jabatan Standard Malaysia.
  • Untuk menyediakan satu platform untuk majlis perbincangan dan usahasama di antara sesama ahli persatuan.
  • Untuk menyediakan latihan dan pembelajaran kepada pekerja makmal.
  • Untuk mempertingkatkan kesedaran di dalam amalan makmal yang baik dan juga amalan ikhtisas.
 
No. Pendaftaran ROS: PPM 018-05-24022016
Tarikh Pendaftaran ROS: 24 Februari 2016